SEREMBAN 15 Jan. – Seorang pendeposit di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini menerima manfaat elaun harian kemasukan hospital selepas menyertai Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i Plus) pada Julai tahun lalu.
Pembantu Tadbir di sebuah jabatan kerajaan di Putrajaya, Ahmad Fikri Mohsin, 30, terlibat dalam satu kemalangan pada 15 Julai tahun lalu yang menyebabkan beliau patah tulang paha, rusuk dan tangan kiri.
Bagaimanapun, dua hari sebelum kemalangan itu, dia telah menyertai pakej Delima SSPN-i Plus untuk dua anaknya yang berusia empat dan dua tahun dengan simpanan sebanyak RM50 sebulan bagi setiap anak.
Ahmad Fikri memberitahu, dia memutuskan untuk menyertai SSPN-i Plus demi masa depan anaknya bagi memudahkan pembiayaan dan mengurangkan kos pendidikan mereka pada masa depan.
“Saya tidak memikirkan mengenai faedah dan manfaat yang ditawarkan di dalam pakej yang diambil kerana tujuan utama adalah masa akan datang.
“Malangnya saya telah ditimpa kemalangan dan hari ini menikmati faedah daripada skim yang disertai. Saya sangat bersyukur,” katanya yang ditemui ketika mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) dekat sini hari ini.
Ahmad Fikri sebelum itu menerima manfaat elaun harian kemasukan hospital berjumlah RM1,040 daripada Ketua Eksekutif PTPTN, Agos Cholan.
Yang turut hadir, Ketua Eksekutif Hong Leong MSIG Takaful (HLMT), Wan Mohd. Fadzlullah Wan Abdullah.
SSPN-i Plus yang dilancarkanpada Jun tahun lalu adalah pelan simpanan terbaik menggabungkan simpanan pendidikan dan pakej perlindungan takaful yang murahdan komprehensif melalui lima pakej ditawarkan.
Keunikan produk itu bukan sahaja terletak pada keistimewaan yang ditawarkan oleh SSPN-i iaitu pelepasan taksiran cukai pendapatan, dividen yang kompetitif, layak memohon pembiayaan PTPTN dan simpanan dijamin kerajaan, tetapi juga manfaat takaful yang akan dinikmati pendeposit.
Manfaat takaful tersebut meliputi kematian atau ilat kekal akibat kemalangan sehingga RM1 juta, manfaat bagi 36 penyakit kritikal, elaun harian kemasukan hospital sehingga RM200 sehari, khairat kematian kepada pendeposit, pasangan dan maksimum tiga orang anak dan perlindungan 24 jam di seluruh dunia.