Pendeposit SSPN-i Plus Terlibat Kemalangan Terima Elaun
SEREMBAN 15 Jan. – Seorang pendeposit di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini menerima manfaat elaun harian kemasukan hospital selepas menyertai Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i Plus) pada Julai tahun lalu.
Pembantu Tadbir di sebuah jabatan kerajaan di Putrajaya, Ahmad Fikri Mohsin, 30, terlibat dalam satu kemalangan pada 15 Julai tahun lalu yang menyebabkan beliau patah tulang paha, rusuk dan tangan kiri.
Bagaimanapun, dua hari sebelum kemalangan itu, dia telah menyertai pakej Delima SSPN-i Plus untuk dua anaknya yang berusia empat dan dua tahun dengan simpanan sebanyak RM50 sebulan bagi setiap anak.
Ahmad Fikri memberitahu, dia memutuskan untuk menyertai SSPN-i Plus demi masa depan anaknya bagi memudahkan pembiayaan dan mengurangkan kos pendidikan mereka pada masa depan.
“Saya tidak memikirkan mengenai faedah dan manfaat yang ditawarkan di dalam pakej yang diambil kerana tujuan utama adalah masa akan datang.
“Malangnya saya telah ditimpa kemalangan dan hari ini menikmati faedah daripada skim yang disertai. Saya sangat bersyukur,” katanya yang ditemui ketika mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) dekat sini hari ini.
Ahmad Fikri sebelum itu menerima manfaat elaun harian kemasukan hospital berjumlah RM1,040 daripada Ketua Eksekutif PTPTN, Agos Cholan.
Yang turut hadir, Ketua Eksekutif Hong Leong MSIG Takaful (HLMT), Wan Mohd. Fadzlullah Wan Abdullah.
SSPN-i Plus yang dilancarkanpada Jun tahun lalu adalah pelan simpanan terbaik menggabungkan simpanan pendidikan dan pakej perlindungan takaful yang murahdan komprehensif melalui lima pakej ditawarkan.
Keunikan produk itu bukan sahaja terletak pada keistimewaan yang ditawarkan oleh SSPN-i iaitu pelepasan taksiran cukai pendapatan, dividen yang kompetitif, layak memohon pembiayaan PTPTN dan simpanan dijamin kerajaan, tetapi juga manfaat takaful yang akan dinikmati pendeposit.
Manfaat takaful tersebut meliputi kematian atau ilat kekal akibat kemalangan sehingga RM1 juta, manfaat bagi 36 penyakit kritikal, elaun harian kemasukan hospital sehingga RM200 sehari, khairat kematian kepada pendeposit, pasangan dan maksimum tiga orang anak dan perlindungan 24 jam di seluruh dunia.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pendeposit-sspn-i-plus-terlibat-kemalangan-terima-elaun-1.180203#ixzz5Qeg7DT3w
© Utusan Melayu (M) Bhd
MUDAHNYA BUKA AKAUN SSPN-I PLUS SECARA ONLINE
Pembukaan akaun SSPN-i Plus boleh dilakukan dihujung jari anda melalui laman SSPN-i Plus Online . Anda cuma perlu mendeposit untuk 2 bulan pertama mengikut harga pakej dan pembayaran bagi bulan ketiga dan seterus akan dibuat melalui potongan autodebit dari akaun Maybank atau RHB Islamic Bank atau melalui potongan gaji. Bagi deposit permulaan dibuat untuk 6 bulan dan ke atas berdasarkan nilai pakej, tiada arahan potongn bank atau potongan gaji perlu dilakukan.
PAKEJ BERLIAN - RM500/BULAN
Menabung dengan Pakej Berlian SSPN-i Plus dengan deposit bulanan RM500 sebulan anda layak mendapatkan simpanan berserta takaful sehingga RM1,000,000. Satu jaminan kewangan yang sangat besar maknanya untuk kelangsungan pendidikan masa depan anak-anak anda.
Simpanan jangka panjang Pakej Berlian dengan dividen simpanan yang kompetitif dapat memberikan pulangan simpanan berserta dividen terkumpul sehingga RM76,467. Sangat berbaloi untuk menjamin masa depan pendidikan anak-anak anda.
PAKEJ NILAM - RM300/BULAN
Menabung dengan Pakej Nilam SSPN-i Plus dengan deposit bulanan RM300 sebulan anda layak mendapatkan simpanan berserta takaful sehingga RM120,000. Simpanan jangka panjang Pakej Nilam dengan dividen simpanan yang kompetitif dapat memberikan pulangan simpanan berserta dividen terkumpul sehingga RM103,231. Sangat berbaloi untuk menjamin masa depan pendidikan anak-anak anda.
PAKEJ ZAMRUD - RM200/BULAN
Menabung dengan Pakej Zamrud SSPN-i Plus dengan deposit bulanan serendah RM200 sebulan anda layak mendapatkan simpanan berserta takaful sehingga RM80,000. Simpanan jangka panjang Pakej Zamrud dengan dividen simpanan yang kompetitif dapat memberikan pulangan simpanan berserta dividen terkumpul sehingga RM68,821. Sangat berbaloi untuk menjamin masa depan pendidikan anak-anak anda.
PAKEJ TOPAS - RM100/BULAN
Menabung dengan Pakej Topas SSPN-i Plus dengan deposit bulanan serendah RM100 sebulan anda layak mendapatkan simpanan berserta takaful sehingga RM40,000. Simpanan jangka panjang Pakej Topas dengan dividen simpanan yang kompetitif dapat memberikan pulangan simpanan berserta dividen terkumpul sehingga RM34,410. Sangat berbaloi untuk menjamin masa depan pendidikan anak-anak anda.
PAKEJ DELIMA - RM50/BULAN
Menabung dengan Pakej Delima SSPN-i Plus dengan deposit bulanan serendah RM50 sebulan anda layak mendapatkan simpanan berserta takaful sehingga RM40,000. Simpanan jangka panjang Pakej Delima dengan dividen simpanan yang kompetitif dapat memberikan pulangan simpanan berserta dividen terkumpul sehingga RM15,293. Sangat berbaloi untuk menjamin masa depan pendidikan anak-anak anda.
PAKEJ INTAN - RM30/BULAN
Pakej Intan adalah pakej paling rendah deposit bulanan SSPN-i Plus. Serendah RM30 sebulan bersamaan tabungan RM1 sehari anda layak mendapatkan simpanan berserta takaful sehingga RM40,000. Sangat berbaloi untuk menjamin masa depan pendidikan anak-anak anda.