BUKA AKAUN SSPN-i PLUS SECARA ONLINE
Sebelum membuka akaun secara online , anda perlu memahami serta menyediakan beberapa maklumat bagi melancarkan pembukaan akaun secara online.
1) Kenalpasti Pakej Simpanan yang akan dipilih. Setiap Pakej mempunyai kriteria, cakupan takaful dan unjuran simpanan yang berbeza. Rujuk ringkasan pakej di bawah :
Maklumat lanjut bagi setiap pakej , sila lawati laman berkenaan Pakej. Setelah memilih pakej mengikut kesesuaian perancangan bagi keperluan pendidikan anak anda, sila ke langkah seterusnya.
2) Kenalpasti akaun yang akan dibuka , samada untuk diri anda sendiri atau untuk penerima manfaat iaitu anak sendiri atau anak jagaan yang sah.
Bagi akaun untuk diri sendiri, anda perlu menyediakan maklumat berikut :
-Nama penuh
-No MyKad
-No. telefon
-Alamat surat-menyurat
-Alamat emel
-Maklumat akaun bank
-Pekerjaan
Sekiranya akaun dibuka untuk anak/anak jagaan anda, tambahan maklumat anak/anak jagaan yang perlu disediakan adalah :-
-Nama penuh anak
-No. MyKad/MyKid, anak
-Tarikh lahir anak
-Alamat sekiranya berlainan dari alamat anda.
3) Sebelum memulakan pendaftaran akaun secara online, perlu difahami bahawa deposit minimum pembukaan akaun adalah sebanyak dua bulan nilai pakej.
Contohnya: -
Pakej Intan memerlukan deposit RM60 (2x RM30)
Pakej Delima memerlukan deposit pembukaan RM100 (2xRM50)
Pakej Topas memerlukan deposit pembukaan RM200 (2xRM100)
Pakej Zamrud memerlukan deposit pembukaan RM400 (2xRM200)
Pakej Nilam memerlukan deposit pembukaan RM600 (2xRM300)
Pakej Berlian memerlukan deposit pembukaan RM1,000 (2xRM500)
Bagi deposit pembukaan kurang dari 6 bulan, anda perlu menetapkan kaedah potongan bulanan samada Potongan Gaji / Auto Debit atau Direct Debit.
Jika anda mempunyai Maybank2u atau RHBNow atau Bankislam.Biz, pilihan potongan Auto Debit sesuai untuk anda.
Jika anda menggukan perbankan internet bagi bank selain Maybank,Bankislam.Biz dan RHB, anda perlu menggunakan pilihan potongan Direct Debit.
4. Sekiranya anda tidak mahu menetapkan sebarang mod potongan bulanan, anda perlu mendeposit sekurang-kurangnya 6 bulan nilai pakej pilihan anda.
5. Sudahkah anda bersedia dengan semua maklumat yang diperlukan? Faham apa yang saya ceritakan berkenaan deposit dan kaedah bayaran? Ayuh buka akaun sekarang.
6. Klik link → [BUKA AKAUN] dan lengkapkan maklumat yang diminta dan selesaikan urutan pembukaan akaun iaitu Maklumat Akaun > Maklumat Pakej > Maklumat Peribadi > Kaedah Potongan > Bayaran. Langkahnya ringkas dan mudah.
7. Bagi akaun yang berjaya dibuka, anda boleh membuat semakan online melalui laman Semakan Penyata SSPN-i Plus .
Akhir kata, tahniah saya ucapkan kepada anda di atas kesedaran menabung anda yang tinggi. Anda Hebat! Jadilah Superhero untuk diri dan keluarga anda. Terbang ke masa hadapan pendidikan yang sempurna untuk anak anda!

PELUANG MENANG CABUTAN HADIAH BERNILAI LEBIH RM1 JUTA!
CABUTAN WOW! BULANAN
Hadiah | Hadiah | Bilangan Hadiah |
---|---|---|
1 | Pakej Percutian Keluarga Dalam Negara Bernilai RM4,000 + RM1,500 | 1 |
Saguhati | Tiket Percutian Keluarga ke Taman Tema Dalam Negara Bernilai RM1,500 + RM500 | 30 |
Jumlah Keseluruhan | 31 |
CABUTAN WOW! SUKUAN
Hadiah | Hadiah | Bilangan Hadiah x 4 Sukuan Tahun |
---|---|---|
1 | Pakej Percutian Keluarga Ke Taman Tema Disneyland Jepun / Umrah Bernilai RM23,000 + RM3,000 | 1 |
Jumlah Keseluruhan | 4 |
CABUTAN WOW! TAHUNAN
Hadiah | Hadiah (RM) | Bilangan Hadiah |
---|---|---|
1 | 100,000.00 | 1 |
2 | 50,000.00 | 2 |
3 | 10,000.00 | 3 |
200.00 | 4000 | |
Jumlah Keseluruhan | 4006 |
[BUKA AKAUN SEKARANG]
**SETIAP DEPOSIT SEBANYAK RM50.00 DI SSPN-i Plus MELAYAKKAN ANDA UNTUK TIGA KATEGORI CABUTAN.
**SETIAP DEPOSIT SEBANYAK RM50.00 DI SSPN-i Plus MELAYAKKAN ANDA UNTUK TIGA KATEGORI CABUTAN.
Adakah simpanan SSPN-i Plus yang dibuat boleh dikeluarkan pada bila-bila masa?
Simpanan hanya boleh dikeluarkan selepas tiga (3) tahun dari tarikh pembukaan akaun dan jumlah minimum yang perlu ada di dalam akaun adalah sebanyak RM1,000. Selepas tempoh tiga (3) tahun tersebut, pendeposit boleh membuat pengeluaran pada bila-bila masa dan masih tertakluk dengan syarat baki minimum yang ditetapkan.
Urusan pengeluaran boleh dilakukan di mana-mana kaunter PTPTN. Pengeluaran deposit akan dikreditkan ke mana-mana akaun bank pendeposit.
Guru terima sumbangan takaful SSPN-i Plus RM170,037.20
Oleh Nurul Fatihah Sulaini
JERTIH : Seorang guru tidak menyangka akan mendapat manfaat perlindungan takaful SSPN-i Plus berjumlah RM170,037.20 bagi pihak isterinya yang meninggal dunia, Ahad lalu.
Ahmad Ruzaizi Mahmud, 46, berkata, isterinya, Masni Ngah @ Mohd Jaiz, 44, guru agama di Kolej Vokasional Besut, baru mencarum dalam skim itu sejak April tahun lalu sebelum meninggal dunia apabila kereta dipandu terbabas ke dalam parit di Jalan Paya Rawa, Kampung Raja, Besut, sebelum ditemui lemas 22 Januari lalu.
Ahmad Ruzaizi yang juga seorang guru di Sekolah Kebangsaan Beting Lintang berkata, arwah isterinya ada memaklumkan kepadanya mahu membuat caruman dalam simpanan itu untuk empat dari enam anaknya.
"Saya memberi galakan kerana caruman melalui pakej Intan sangat mampu milik iaitu hanya RM1 sahaja sehari atau komitmen RM30 sahaja setiap bulan.
"Pada waktu itu, saya memang tidak terfikir langsung mengenai manfaat perlindungan yang bakal diperoleh tetapi lebih kepada menekankan soal simpanan pendidikan masa depan anak-anak," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menerima kunjungan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, bersama rombongan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi menyerahkan sumbangan itu di rumahnya di Kampung Gong Kepas Dalam di sini, hari ini.
Sementara itu, Ketua Eksekutif PTPTN, Wan Ahmad Wan Yusoff, berkata melalui skim itu, arwah dilindungi manfaat perlindungan takaful (kematian akibat kemalangan) sebanyak RM160,000 bagi empat akaun anaknya.
"Selain itu, tambahan khairat kematian sebanyak RM10,000 dan juga nilai tunai bagi simpanan takaful dengan jumlah keseluruhan RM37.20. Jumlah manfaat bergantung kepada pakej yang diambil paling minimum komitmen bulanan iaitu Intan (RM30), Delima (RM50), Topas (RM100), Zamrud (RM200), Nilam (RM300) dan maksimum Berlian (RM500)," katanya.
Sumber : https://www.bharian.com.my/node/241413